Thursday, July 18, 2019

Shaklee Sustained Release Vita-C Plus

WOW...Vitamin C Semula Jadi!


Assalamualaikum dan hai👋

Entri kedua Sis berkaitan dengan Produk Shaklee iaitu..sila baca tajuk yer 😅

Tahukah Anda?

Tubuh badan kita ni mampu melakukan pelbagai perkara, tetapi ia tidak dpt menghasilkan atau menyimpan Vitamin C. Ini sebabnya kenapa kita semua perlu sentiasa mengambil Vitamin C.


Anda tergolong dalam masalah diatas? Jika Ya, sememangnya tubuh badan anda mengalami kekurangan Vitamin C.

Kenapa Shaklee Sustained Release Vita-C Plus?

SR Vita-C Plus adalah produk semula jadi yang dioerolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg Vitamin C dalam masa 5 jam untuk meningkatkan penggunaan Vitamin C dan mengurangkan pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji buah oren setiap jam selama 5 jam.

Diperkaya dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan Vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.

JADI, pilihan di tangan anda. Nak telan 1 1/2 biji buah oren setiap jam sampai 5 jam atau hanya perlu mengamalkan 1 biji Shaklee SR Vita-C Plus. Sis, telan 2 biji sehari sebab nak dapatkan keberkesanan mencapai sehingga 10jam. Baru badan kekal sihat. Gitu 😁 


Psssttt.....boleh buat masker jugak tau, tu yg kulit makin flawless 😂..tengok video ni ok https://youtu.be/F0AWKjjOLbw

Pertanyaan lebih lanjut atau nak order boleh tekan link dekat bawah ni.

👋bye👋

💋Morita San💋
ID:1326232
www.wasap.my/60172211825/VitaminC





Magical Vivix 😍

Apa tu Vivix?

Ada yang tak faham atau tak tak familiar dengan nama ni mesti ingat ada kena mengena dgn produk Datin Vivi Yusof kan..salah sama sekali.

Morita San kan Pengedar Sah Shaklee, so mesti lah product terbaik dari Shaklee..taaadaaaa...


Sejenis cecair/liquid yang sangat mudah nak telan. Untuk apa? Untuk Siapa? Apa bagus? Apa hebatnya VIVIX ni?

Ok, buat pertama kalinya, entri sis tentang salah satu produk keluaran Shaklee iaitu Si Magical Vivix😁.

Kebaikan Vivix:

- Menggalakkan Kesihatan Menyeluruh.
- Meningkatkan Kesihatan Imun Badan.
- Mengurangkan Kompilasi Diabetes/Kencing
  manis.
- Membantu Menurunkan Bacaan Asik Urik.
- Membantu Mengelak/Merencatkan Kanser.
- Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit
  Jantung.
- Mengurangkan Insiden Penyakit Nyanyuk     (Azhameir).
- Membantu Merawat Penyakit Parkinson.
- Membantu Merawat Penyakit Strok/Angin
  Ahmar.
- Meningkatkan Kesihatan Arthritis dan
  Menyokong Kesihatan Sendi/Saraf.
- Menggalakkan Penuaan Yang Sihat - Awet
  Muda.
- Membaiki DNA & Tenaga Sel
- Yang ni BONUS..KULIT GORJESS 😊

Semakin tua, semakin terasa nikmat ditarik satu per satu. Tak salah kita ikhtiar untuk kesihatan yang lebih baik dan terus mampu membuat amal ibadah.

 

View video ni ok 😅 https://youtu.be/1lsCx_PrVJE
Maaflah, Sis belum pro lagi nak cecantik kualiti video tu. Tapi, mudah je kan nak consume Vivix, demi kesihatan menyeluruh.

So, boleh terus WHATS APP sis untuk dapatkan lagi details atau testimoni VIVIX dan boleh terus order dgn sis. Click Link di bawah 🔽🔽🔽🔽

bye👋

💋Morita San💋
ID:1326232






Siapa Saya 🙋 Pengedar SHAKLEE?

Siapa saya🤔

Saya seorang isteri kepada seorang suami😍, seorang ibu kepada 3 orang anak. 2 puteri dan 1 putera. Salah seorang puteri saya adalah anak istimewa yang di diagnoskan  Autism, ADHD dan Dyslexia.

Saya seorang yang komited pada kerja dan 20 tahun menjaga carrier tapi itu semua kisah lama..sekarang ni SIAPA SAYA?

Saya seorang Pengedar Sah Shaklee. ID:1326232.

Shaklee ialah satu brand untuk product kesihatan seperti Supplement atau Vitamin. Selain daripada itu, Shaklee juga mengeluarkan product Shaklee Skincare Youth, Shakleebaby, Shaklee Hair Care, Shaklee Home Care dan Shaklee Get Clean Water.

Anda boleh cari Morita San kalau:

- Masalah Jerawat, Jeragat
- Masalah Kulit Kusam, Lesu, Berminyak, Kering
- Masalah Parut Jerawat
- Nak Kurus, Slim
- Nak Detox
- Masalah Eczema, Psriosis
- Sakit Sendi, Otot, Tulang, Lutut
- Mengandung, Berpantang, Menyusu
- Resdung
- Kesuburan, Ikhtiar Hamil
- Energy Booster
- Imun Badan
- Gastrik

dan macam-macam lagi. Tak tersenarai tu,tak semestinya tak dpt nak bantu selesaikan, cuma anda perlu beritahu Morita San apa yang anda perlukan, INSYAALLAH..kita ikhtiar bersama-sama.

Niat Morita San, nak kita sama2, kekal sihat. InsyaAllah..Aamiin.

Morita San
ID: 1326232
www.wasap.my/60172211825/Shaklee


Thursday, July 11, 2019

DH ADA BLOG! CERITA PASAL NAMA🙋

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai! Dunia baru saya. BLOG!😅

Pertama kali, diusia lanjut ini (lanjut la sangat)😂 saya buka akaun blog. WAH..Masih teruja dan tak tahu nak buat apa dengan blog ni.

Utk permulaan ni, kenalkan diri lah. Nama penuh aku Emmi Morita binti Habibur Rahman. Unik kan🤗. Nama ni dtg dari negara matahari terbit, Jepun. Ramai panggil aku Emmi je. Nama panggilan dlm family, Angah (sebab anak no.2 🤷). Aku ada nama panggilan lain jugak selain dari 2 gelaran tadi😁

Panggilan nama dari geng yang berbeza dan hanya mereka2 je panggil nama aku mcm dekat bawah ni:

1. Emo - Geng atuk, uwan, aunty, uncle dan org2 lama dkt kg. kedua org tua aku dekat Kg. Parit, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Jangan tanya kenapa, sebab aku pun tak tahu🤩..So, kalau aku dgr org sebut nama ni, mesti otai2 Kg. Parit 😜

2. Morita - Geng kolej masa belajar dekat Padang Jarak Padang Terkukur😙 Pulau Langkawi lah, Kedah. Badge aku ada 3 org nama Emmi, Emi dan Emmy😆..bunyi sama ejaan je lain. Nasib baik kitorang ada nama lg satu dan sebab tu panggilan aku adalah Morita. Bila dengar org panggil Morita, sah2 geng Pulau (cehh..)😝.

3. Hemmimo/Mimo - haaaaaa...unik kan, dh mcm Nemo bunyi dia. Mula2 rsa pelik n kelakar, x selesa pun ada, tapi lepas tu syok pulak sebab semakin comel kedengaran nama tu🤗Zaman kerja dgn Maxis. Puncanya Hemmimo ni ID kerja aku. Tapi sbb dia mcm panjang nk sebut, aku pun tak sedar bila start diorg panggil Mimo. Melekat nama ni dgn geng kerja Maxis. Kalau terserempak dkt mna2 memang Mimo yg aku dgr walaupun bertahun dah tinggalkan Maxis. Nak kongsi sikit, zaman kerja yg paling aku suka dan sayang. Mmng build up carrier dkt sini. Pernah terfikir Maxis tempat last kerja, sampai pencen, sebab mmng jiwa serasi sebati😆..tapi kita kan mmng merangcang, Allah yg tentukan, ada alasan yg lagi penting dan menyebabkan aku kena tinggalkan Maxis. Kalau nak kerja balik pun aku sanggup cuma jadual kerja shift tak sesuai dgn aku buat masa ni..ok dah cukup takat tu..kang emosi feeling tahap hindustan aku ni. Ok Next...

4. Mori - Another nickname yg unik. Ni pun asalnya dr tmpat keja lama, bukan Maxis😛 dan hanya 1 department je yg pggil Mori. Nak lain dr lain la gitu..hahaha ke nak aku pay attention lebih dkt 1 department je😁..department lain masa tu byk pggil aku Puan. Tak la besar sgt jawatannya nk ber'Puan' kan tapi 80% dlm company tu staff muda dan jarak umur hampir 10-15 tahun dengan aku. So, Mori hanya akan dtg dr staff dlm department yg satu tu je, diorg pggil Kak Mori😍..dah nak sama mcm dessert My Kori pulak 🤣...Masatu jd Compliance, ala2 Warden Asrama la kan🤭

So, kenalkan diri ini dgn nama2 diatas. Cuma utk tahun 2019, aku baru nak berjinak-jinak dgn BLOG. Terkial-kial lagi ni nak memahami konsep BLOG dan cara settingnya🙈. Ni semua gara-gara nak tambah income, BLOG salah satu platform yg kena ada untuk kita kongsikan bersama. Nak kongsi apa? Kenapa sampai kena ada BLOG nak tambah income? Ok, yang tu aku sambung di masa akan datang ok.

Bye👋

💋Morita San💋